Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BEKAS PENASIHAT UPKO LABUAN DILANTIK TIMBALAN PRESIDEN 3, ISI KOUTA KAUM CINA



Kota Kinabalu,28 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sebulat suara melantik bekas penasihat Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Labuan, Datuk Seri Peter Kong sebagai Timbalan Presiden 3 parti itu bagi mengisi kouta kaum Cina.
  Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama pimpinan tertinggi parti termasuk timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).
  “Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau bulan lalu di Labuan dan dalam pertemuan itu saya sudah menjelaskan dengan terperinci matlamat dan perjuangan Harapan Rakyat.
  “Justeru, pelantikan beliau sebagai Timbalan Presiden 3 bagi mengisi kouta kaum Cina dipersetujui oleh semua AMT parti dan lantikan ini adalah berkuatkuasa hari ini (kelmarin),”katanya.
  Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disini, kelmarin.
  Hadir sama Timbalan Presiden 1 Datuk Maijol Mahap; Naib Presiden 1 Patrick Sadom; Setiausaha Agong Abdin Darus dan beberapa AMT parti yang lain.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pimpinan parti turut bersetuju untuk memberi peranan penting kepada Peter Kong bagi mendekati komuniti Cina di Sabah termasuk melihat permasalahan yang dihadapi masyarakat itu.
  “Meskipun kita tidak akan bertanding di kawasan majoriti kaum Cina, namun kita mempunyai ahli dan penyokong dalam kalangan kaum Cina di Sabah.
  “Selain beliau (Peter) parti juga mempunyai dua timbalan presiden lain iaitu Datuk Maijol Mahap (mewakili kaum bumiputera KDM) dan Ashim Jamat mewakili kaum bumiputera Islam,”katanya.
    Sementara itu, Lajim berkata, Peter juga akan mengenalpasti ketidakpuasanhati masyarakat Cina dengan layanan yang diberikan pihak kerajaan kini.
  “Sudah pasti, kita ingin bersama-sama masyarakat Cina di Sabah dalam usaha membangunkan negeri ini yang banyak terlibat dalam bidang perniagaan, industri perkilangan dan sebaganya.
  “Selain itu, kita juga akan memberi fokus kepada bidang Pendidikan dalam masyarakat Cina seperti bantuan persekolahan dan sebagainya,”katanya.
    Dalam pada itu, Lajim berkata,kemasukan Peter turut mendapat persetujuan dari pimpinan parti Bahagian Labuan.
  “Saya juga sudah membuat perbincangan dengan Bahagian Labuan dan mereka juga tidak membantah namun mengalu-alukan kemasukan Peter kedalam Parti Harapan Rakyat Sabah,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BEKAS PENASIHAT UPKO LABUAN DILANTIK TIMBALAN PRESIDEN 3, ISI KOUTA KAUM CINA"